Hmmm…
Dari Berita Harian Online
Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat
Oleh Hussain Said
hussain@bharian.com.my
KASSIM (dua kiri) bersama Fatimah (kiri) dan ahli keluarga berbincang dengan peguam mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam. |
Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.
Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.
“Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.
“Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.
Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.
Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.
Add comment November 5, 2009
Cawangan utama Pustaka Munirah — status 3 Nov
Gambar diambil pada 3 November 2009. Kontraktor sedang bertungkus lumus menyiapkan kedai ini dengan segera. Bahagian dalam kedai sudah 95% siap, tinggal syiling atas dan lampu/aircond. Bahagian depan kedai termasuk longkang dan kawasan letak kereta akan dimulakan minggu depan.
Di sebelah Pustaka Munirah nanti ialah hotel yang dimiliki oleh kontraktor ini. Mereka mahu menyiapkan hotel mereka dengan segera, jadi sekaligus akan menyiapkan kedai Pustaka Munirah juga. Doa kami semoga semuanya berjalan lancar dan cawangan utama Pustaka Munirah akan mula beroperasi pada akhir tahun ini sempena “kembali ke sekolah”.
Pembekal-pembekal buku dan alat tulis kami sudah tak sabar-sabar menunggu… Begitu juga dengan pelanggan tetap kami. Tetapi orang yang paling tak sabar menunggu ialah saya sendiri!
Saifuddin.

Add comment November 3, 2009
Telaga Biru: Wasiat Luqman al-Hakim
KINI ADA DI PUSTAKA MUNIRAH
Wasiat Luqman al- Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat. Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular kerana ia menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman al-Hakim kepada anaknya.
| Penulis | : Ustaz Ahmad Hassan Bin Mohd Nazam |
| Kod Katalog | : TBBK 1122 |
| Kod ISBN | : 978-967-5102-56-1 |
| Harga | : Semenanjung M’sia – RM20.00
: Sabah / S’wak: RM22.00 |
Add comment October 31, 2009
Percayalah… Akhirnya ~ Ruby Hazri
| DAPATKAN NOVEL INI DARI PUSTAKA MUNIRAH, KEMAMAN |
![]() |
| dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan, berolak dan bergelora di dasarnya
Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi…
Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak untuk memiliki hatinya ~ Khairil
Salji datang lagi… Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang di padang harapan Salji datang lagi… Kala suramnya awan diri yang pasrah mengenang mentari cindur yang hilang
Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~ Danial Wolfgang
Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi. Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah *****
Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah. http://www.jemariseni.com/01/ |
Add comment October 31, 2009
Saya Mahu Hadiah PTS
Nak hadiah?. Beli buku PTS bernilai lebih RM 25 dari Pustaka Munirah, isi borang peraduan dan kami akan hantarkan kepada PTS. Banyakkan berdoa selepas itu (he..he..)
Keterangan lanjut boleh didapati di sini

Add comment October 29, 2009
Kemilau: Muhammad SAW: Jejak Junjungan Mulia ~ TG Nik Aziz



Muhammad SAW: Jejak Junjungan Mulia

Karya: Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN:978-983-44746-5-2
Jumlah Mukasurat: 244
Harga SM/SS: RM20.00 / RM23.00
Menilik buku ini samalah seperti kita cuba berpegang kepada makna dan semangat nas untuk memecahkan masalah-masalah kehidupan yang sulit. Hakikatnya seolah-olah kita membelek diari hidup Nabi Muhammad SAW yang siddiq dalam proses menyukat kualiti diri. Kita bagaimana?
Meskipun kita diberitahu bahawa Al-Quran merupakan wahyu yang jelas nyata, namun penjelasan lanjut sangat diperlukan saat hidupnya Nabi Muhammad SAW. Ketersusunan kisah Baginda telah menentukan batas-batas yang jelas tentang kehidupan tidak akan terkalah oleh mana-mana karya ciptaan manusia.
“Siapa yang inigin rasa dekat dengan Nabi, Bacalah buku ini. Pasti seolah anda berada di zamannya.”

Add comment October 29, 2009
Galeri Ilmu: Untukmu Wanita ~ Ustaz Zaharuddin
Setelah lebih empat tahun mengendalikan laman sesawang www.zaharuddin.net yang banyak mengupas pelbagai isu kontemporari, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan UZAR muncul dengan buku terbarunya Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Untukmu Wanita
Zaharuddin Abd Rahman
Kategori Tarbiah Rohani
ISBN: 978-983-097-228-2
“Buku ini dihasilkan bagi menghampiri kaum wanita dan menghulurkan secebis nasihat buat tatapan mereka. Ia turut dikhususkan untuk para lelaki yang sedang berusaha mencari-cari intipati ilmu kebaikan dan nasihat untuk hidangan mereka yang bernama ibu, isteri, kakak, adik dan anak,” beritahu Ustaz Zaharuddin dalam mukadimah bukunya.
Dengan huraian yang padat, jelas dan tegas, buku ini dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab, menjadikannya bahan bacaan yang lebih santai dan bersahaja. Terdapat juga kisah-kisah motivasi dan rantaian cebisan pengalaman yang dialami sendiri oleh penulis untuk dijadikan iktibar kepada pembaca.
Buku ini mengandungi tiga bahagian utama iaitu:
Bahagian 1: Wanita, maruah dan aurat
Bahagian 2: Wanita dan munakahat
Bahagian 3: Wanita dan rumah tangga
Setiap bahagian pula mengandungi lebih kurang 10 bab yang dikupas bersama dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk memantapkan pemahaman pembaca.

Dapatkan buku ini dari Pustaka Munirah
Add comment October 29, 2009


