Doa Memudahkan Yang Susah

Leave a comment

doa29

Kelebihan Solat Dhuha

Leave a comment

June 9, 2007 by alivewire

malaysiamosque

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”

(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Bakhil meskipun kaya

Leave a comment

3010070151 e4632ffb80

HADITH yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud, berkata: ”Bersabda Rasulullah s.a.w. “Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat zarah (atom) dari sifat takbur (sombong).”

Berkata seorang laki-laki: “Sesungguhnya semua orang ingin agar pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Sebenarnya Allah itu bagus dan cinta kepada kecantikan); takbur itu ialah menolak kebenaran dan tidak menghargai orang lain.” (Muslim)

Huraian:

Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia?

Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya.

Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah (tidak sombong dan kedekut).

Natijahnya kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi dan mereka akan menghormati bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita yang juga suka menunjuk-nunjuk.

(Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)

Tazkirah: 7 golongan manusia yang diberi perlindungan…

Leave a comment

Hakikat kebijaksanaan

DARI sebuah hadith, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri.

Mereka itu adalah: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”(Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian:

1. Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Nasib rakyatnya adalah terletak di tangannya.

2. Manakala pemuda yang kuat beribadah adalah menunjukkan betapa di usia sebegini (muda) seseorang itu terpaka mengharungi berbagai cabaran dan godaan. Oleh itu bagi orang yang berjaya mendidik nafsunya dengan baik dia akan beruntung kerana mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan mental untuk melakukan kebaikan dan beribadah kepada Allah. Begitulah sebaliknya bagi mereka yang terjerat dengan pujuk rayu syaitan maka seluruh usia mudanya akan dihabiskan untuk melakukan maksiat dan dosa.

3. Orang yang berjinak dengan masjid pula sudah tentu mendapat jaminan syurga oleh Allah kerana ia telah menjadi tetamu Allah dan mengimarahkan masjid (rumah) Allah dengan amal ibadat dan ini menjadikan hati mereka sentiasa dekat dengan Allah.

4. Sedangkan orang yang berkasih sayang kerana Allah merupakan mereka yang mempunyai nilai-nilai yang dituntut oleh Islam iaitu ikhlas dalam menjalinkan hubungan silaturrahim dan ingat-mengingatkan tentang kebaikan antara satu dengan yang lain.

5. Menolak daripada melakukan maksiat apalagi zina merupakan tanda kekuatan iman seseorang yang berjihad melawan nafsunya dan bisikan syaitan yang menggoda. Oleh itu mereka yang berjaya melakukannya adalah orang yang teguh imannya, tidak mudah goyah untuk melakukan sebarang kejahatan.

6. Orang yang mencintai Allah S.W.T dengan hati yang ikhlas semestinya akan merasa keagungan dan kebesaran Allah. Oleh itu di saat ia bertafakur kepada Allah akan keluarlah air mata kerinduan dan keinsafan dari dalam dirinya.

(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)
qurani 02 on flickr photo sharing 1239583076656

Harapan

Leave a comment

3483168134_11c44cfac9

Tuhan, jadikanlah aku alat kasihMu,
Di mana ada benci- biarkan aku menebarkan cinta,
di mana ada hati terluka, biarkan aku menjadi penghibur,
di mana ada keraguan, biarkan aku menebarkan keyakinan,
di mana ada putus asa – biarkan aku menebarkan harapan,
di mana ada kesedihan, biarkan aku berkongsi bahagia,
di mana ada kegelapan, biarkan aku memberi cahaya.

*Terima melalui email dari seorang rakan.

Quote of the day

Leave a comment

“This life is yours. Take the power to choose what you want to do and do it well.
Take the power to love what you want in life and love it honestly.
Take the power to walk in the forest and be a part of nature.
Take the power to control your own life. No one else can do it for you.
Take the power to make your life happy.”

dua1

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.