din-menulis1

I.

Jangan menilai buku dari kulitnya. Kita biasa dengar kata-kata ini. Kali ini saya ingin menulis mengenai cover atau kulit  buku.

Copied from Wikipedia :

http://en.wikipedia.org/wiki/Don%27t_judge_a_book_by_its_cover

The very common English idiom “don’t judge a book by its cover” is a metaphorical phrase which means “don’t determine the worth of something based on its appearance”.[1] It is probably the most common expression used in English to convey vanity.

II.

Sebagai pembaca atau peminat buku sejak kecil, kemudian terlibat dalam percetakan/penjilidan buku selama 15 tahun dan sekarang ini pembaca dan ‘penjual’ buku sejak 4 tahun lalu, saya suka melihat perkembangan kulit buku. Dahulu, kulit buku hanyalah kertas tebal biasa dan dilaminate (plastik jernih). Designnya stereotype, tidak banyak berbeza antara satu sama lain.

Hari ini, kebanyakan kulit buku amat menarik. Mungkin seiring dengan perkembangan teknologi komputer, maka designer kulit buku boleh mencuba pelbagai jenis grafik, warna dan corak menjadikannya lebih menarik. Ditambah pula oleh kesan khas seperti spot uv, ianya menjadi lebih terserlah. Bagi yang belum tahu, spot uv ialah lapisan kilatan di atas plastik laminate kulit buku itu. Ianya boleh memberi kesan khas, agak ‘timbul’ dan dilakukan pada tempat yang terpilih — kerana itulah ia dipanggil ‘spot’. Jika digunakan pada keseluruhan kulit (applied on the whole surface), ianya dipanggil uv varnish. Secara umumnya kos uv varnish lebih murah berbanding laminate, tetapi ianya kurang disukai kerana mudah tercalar atau ‘crack’ selepas dipotong.

III.

Empat  tahun dulu, ketika saya mula membuka kedai buku, seingat saya penerbit novel Melayu utama, Alaf 21 Sdn Bhd yang mula memperkenalkan spot uv pada kulit buku mereka. Penerbit-penerbit buku Melayu lain belum berbuat demikian. Saya pernah menulis kepada beberapa penerbit dan mencadangkan supaya menukar kulit buku mereka kepada spot uv. Selepas dari itu, beberapa penerbit mula menggunakan konsep spot uv pada kulit buku mereka, antaranya PTS. Tidaklah dipastikan sama ada PTS menukar konsep itu selepas membaca cadangan saya atau memang itu semua sudah ada dalam perancangan mereka.

Tetapi ada sebuah penerbit novel Melayu indie yang dimiliki oleh seorang novelis membalas email saya, dengan kata-kata yang maksudnya lebih kurang begini, “….kami sudah mengkaji citarasa pembaca. Novel-novel kami tetap best seller. Walaupun cover kami kurang menarik pada pandangan saudara, pembaca hari ini sudah bijak memilih novel manakah yang akan dibeli asalkan isinya menarik. Ada novel yang covernya menarik, tetapi tetap tidak laku…”. Itulah tulisan si penerbit novel itu. Dan sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya sudah tidak nampak lagi novel-novel keluaran syarikat ini di pasaran!. Hmmm…terlebih pandai agaknya.

IV.

Sebagai pemilik kedai buku, saya tetap mengutamakan kulit buku. Mana-mana buku yang kulitnya menarik, saya akan susun di tempat yang strategik. Walaupun isinya mungkin tahap “sederhana”, bukan yang terbaik, tetapi jika kulitnya menarik…tempatnya ialah diruang display yang utama. Apatah lagi jika kulit buku berkenaan menarik dan isi kandungannya cemerlang, saya akan cetak  poster dan menampalnya di depan kedai.

V.

Jika ada diantara penerbit buku yang membaca entry ini, saya cadangkan anda membuat percubaan berikut pula:

a) Guna ‘glitter’ pada kulit buku sebagai pengganti spot uv itu. Glitter ialah debu-debu berkilat yang kanak-kanak selalu gunakan sebagai permainan.

Mr-Men-Little-Miss-Splendid-and-the-Princess-Glitter-Book Contohnya buku di sebelah, yang berwarna putih-putih  itu ialah ‘glitter’. Ianya akan menimbul kesan khas dan menarik perhatian kanak-kanak.

Jika buku itu khas untuk orang dewasa pula, glitter sesuai digunakan untuk buku-buku mengenai “cinta dan kasih sayang”.

b) Diecut lubang pada kulit buku.

Penerbit buku luar negara biasanya menggunakannya untuk buku jenis ‘board’ yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Tetapi ada juga digunakan untuk buku special edition, jurnal dan diari. Kita boleh gunakan kreativiti masing-masing dalam soal ini.

Untuk melihat contoh-contoh produk, and boleh pergi ke http://www.twpsin.comIni adalah website syarikat yang saya pernah bekerja selama 15 tahun sebelum saya memulakan perniagaan sendiri. Banyak kenangan saya di sana… terutamanya apabila melihat “production floor” yang pernah saya uruskan dahulu.