MILIKI SEGERA.
DAPATKANNYA DARI PUSTAKA MUNIRAH.
KEDAI BUKU, ALAT TULIS, PERCETAKAN, FOTOSTAT, PUSAT SEWA NOVEL….
February 14, 2010
February 12, 2010
DOWNLOAD BACAAN YANG MENGESANKAN OLEH SHEIKH JUHANNY DARI SINI
Video boleh didownload di sini http://www.haramainrecordings.com/2009/11/24th-november-2009-8th-dhul-hajjah1430.html
101. Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
102. maka sesiapa Yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang Yang berjaya.
103. dan sesiapa Yang ringan timbangan amal baiknya, maka merekalah orang-orang Yang merugikan dirinya sendiri; mereka kekal di Dalam neraka jahannam -
104. api neraka itu membakar muka mereka, dan Tinggalah mereka di situ Dengan muka Yang hodoh cacat.
105. (sambil dikatakan kepada mereka): “Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?”
106. mereka menjawab: “Wahai Tuhan kami, Kami telah dikalahkan oleh sebab-sebab Kecelakaan kami, dan Dengan itu menjadilah Kami kaum Yang sesat.
107. “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah Kami dari neraka ini (serta kembalikanlah Kami ke dunia); setelah itu kalau Kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka Sesungguhnya Kami orang-orang Yang zalim.”
108. (Allah) berfirman: “Diamlah kamu Dengan kehinaan di Dalam neraka, dan janganlah kamu berkata-kata (memohon sesuatupun) kepadaku!
109. “Sesungguhnya ada sepuak diri hamba-hambaKu (di dunia dahulu) memohon kepadaKu Dengan berkata: ` Wahai Tuhan kami, Kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa Kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik pemberi rahmat ‘.
110. “Maka kamu jadikan mereka ejek-ejekan sehingga ejek-ejekan kamu kepada mereka menyebabkan kamu lupa mengingati balasanKu, dan kamu pula sentiasa tertawakan mereka.
111. “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; Sesungguhnya mereka itulah orang-orang Yang berjaya”.
112. Allah bertanya lagi (kepada mereka Yang kafir itu): “Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?”
113. mereka menjawab: “Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka Bertanyalah kepada golongan (malaikat) Yang menjaga urusan menghitung
114. Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia).
115. “Maka Adakah patut kamu menyangka Bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja Dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?”
116. maka (dengan Yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang tetap benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan Yang mempunyai Arasy Yang mulia.
117. dan sesiapa Yang menyembah Tuhan Yang lain bersama-sama Allah, Dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka Sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya Yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang Yang kafir tidak akan berjaya.
118. dan berdoalah (Wahai Muhammad Dengan berkata): “Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik pemberi rahmat!”
February 2, 2010
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Sesorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah s.a.w lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu para sahabat tidak senang terhadap orang tersebut. Maka bersabda nabi s.a.w,:”Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!”. Berkata para sahabat:”Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.”Sabda baginda:”Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Muslim)
Huraian:
Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan menerusi hadith daripada Uqbah bin ‘Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.”
Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Hutang.” Oleh itu Rasulullah mengajarkan kita sepotong doa yang bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.”
Maka dengan itu orang yang telah berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.
Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.
Bukan itu sahaja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya.
Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya sepertimana dijelaskan dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya.”
Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia