Cetak buku bil, invois, resit di Kemaman

Leave a comment

Buku bil, buku resit, invois, statement dan sejenisnya boleh ditempah dari Pustaka Munirah. Berkualiti tinggi. 1 lapis, 2 lapis sehingga 4 lapis. Kertas NCR atau biasa. Tempoh siap 1 minggu.

Kenapa Pustaka Munirah tidak menjual semua buku?

Leave a comment

Ramai pelanggan Pustaka Munirah datang ke kedai dan bertanyakan sesuatu tajuk buku yang kadang kala saya sendiri pun tak pernah dengar. Bila saya atau pekerja saya  jawab, “Kami tak jual buku ni” atau “Oo…kita tak ambil buku penerbit ini…”, biasanya si penanya itu akan berkata samaada “Oo.. tak jual. Tak apa. Terima kasih”. Yang tak tahan telinga apabila ada yang memberi komen sinis, “Kedai sebesar ni tak jual buku yang saya nak ini?”.

Susah mahu menerangkan kepada pelanggan yang kita tidak menjual semua buku dari semua penerbit yang ada di Malaysia ini. Jika mahu menjual juga, saya perlukan ruang kedai yang besar dan duit yang banyak dalam bank… sedangkan itu semua adalah mustahil buat masa ini. Alhamdullillah, hari ini, saya terjumpa jawapan yang amat logik, amat baik dan saya percaya boleh diterima oleh pelanggan-pelanggan kami. Kenapa Pustaka Munirah tidak menjual semua buku?

JAWAPANNYA adalah seperti tulisan Puan Ainon Mohd (Chairman PTS, salah sebuah penerbit buku Melayu terbesar di Malaysia yang Pustaka Munirah banyak menjual buku-buku mereka…) :
” Dari sudut pemilik kedai, rak buku di dalam kedainya bukan tempat menyimpan buku-buku yang tidak laku. Yang paling penting adalah survival bisnes, bayar sewa, bayar gaji, bayar bank dll……
tiap-tiap kedai buku mempunyai apa yang disebut ‘customer profile’ masing-masing. Mereka itu menjadi regular customer kedai tersebut. Sebagai contoh, ustaz-ustaz tidak masuk kedai buku MPH. Jadi tiap-tiap kedai buku memilih buku-buku yang digemari oleh customer mereka sahaja (ini disebut merchandising).”

Terjemahan Bahasa Melayu Al Quran

Leave a comment

Kini ada di Pustaka Munirah, Kemaman.Terjemahan Bahasa Melayu Al Quran Al Karim berserta tajwid, Indeks kata & Indeks Peristiwa. Terbitan Al Hidayah House of Quran Sdn Bhd.

Harga RM 89.90. Diskaun 10% untuk pemegang kad ahli.

Kertas 70 gsm vs 80 gsm

Leave a comment

Apa beza kertas 70 gsm dan 80 gsm?. “Gsm” bermaksud “gram per square metre”. Ini bermakna untuk kertas 70 gsm, pada setiap meter persegi, berat kertas itu ialah 70 gram.

Ini juga bermakna, semakin tinggi ‘grammage’ kertas itu, semakin teballah kertas itu. Pustaka Munirah menjual kertas A4 dari ketebalan 70 gsm sehingga 250 gsm. Kertas 250 gsm biasanya digunakan untuk mencetak kad perniagaan atau kulit depan report.
Untuk fotostat, semua 4 mesin di Pustaka Munirah menggunakan kertas 80 gsm kerana kami mengutamakan kualiti. Kami juga membekalkan kertas 70 gsm kepada beberapa buah kedai fotostat di sekitar Kemaman.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.