Ramai pelanggan Pustaka Munirah datang ke kedai dan bertanyakan sesuatu tajuk buku yang kadang kala saya sendiri pun tak pernah dengar. Bila saya atau pekerja saya  jawab, “Kami tak jual buku ni” atau “Oo…kita tak ambil buku penerbit ini…”, biasanya si penanya itu akan berkata samaada “Oo.. tak jual. Tak apa. Terima kasih”. Yang tak tahan telinga apabila ada yang memberi komen sinis, “Kedai sebesar ni tak jual buku yang saya nak ini?”.

Susah mahu menerangkan kepada pelanggan yang kita tidak menjual semua buku dari semua penerbit yang ada di Malaysia ini. Jika mahu menjual juga, saya perlukan ruang kedai yang besar dan duit yang banyak dalam bank… sedangkan itu semua adalah mustahil buat masa ini. Alhamdullillah, hari ini, saya terjumpa jawapan yang amat logik, amat baik dan saya percaya boleh diterima oleh pelanggan-pelanggan kami. Kenapa Pustaka Munirah tidak menjual semua buku?

JAWAPANNYA adalah seperti tulisan Puan Ainon Mohd (Chairman PTS, salah sebuah penerbit buku Melayu terbesar di Malaysia yang Pustaka Munirah banyak menjual buku-buku mereka…) :
” Dari sudut pemilik kedai, rak buku di dalam kedainya bukan tempat menyimpan buku-buku yang tidak laku. Yang paling penting adalah survival bisnes, bayar sewa, bayar gaji, bayar bank dll……
tiap-tiap kedai buku mempunyai apa yang disebut ‘customer profile’ masing-masing. Mereka itu menjadi regular customer kedai tersebut. Sebagai contoh, ustaz-ustaz tidak masuk kedai buku MPH. Jadi tiap-tiap kedai buku memilih buku-buku yang digemari oleh customer mereka sahaja (ini disebut merchandising).”