Mengenai kami…

Logo Pustaka Munirah
Pustaka Munirah bersama syarikat sekutunya Prima MS Enterprise mula beroperasi di K9690, Taman Chukai Utama, Kemaman, Terengganu sejak Julai 2005. Bermula dari bawah, Alhamdulillah kini kami semakin berkembang dan semakin ramai dikunjungi oleh pelanggan-pelanggan sekitar Kemaman.
Ibupejabat atau cawangan utama kami kini beroperasi di bangunan milik Pustaka Munirah sendiri di KM 1, Jalan Air Putih, berhampiran dengan MPK.
Perkhidmatan yang disediakan ialah:
* Menjual buku dan bahan bacaan agama Islam, umum, motivasi,novel dan lain-lain. Anda boleh membeli kebanyakan buku-buku terbitan Grup Buku Karangkraf (Alaf 21, Buku Prima dll), PTS, Al Hidayah, Fajar Pakeer, Kemilau Publika, Must Read, Edukids, Mind To Mind, Future Ace dan lain-lain di sini.
* Pembekal alat tulis dan keperluan pejabat untuk jabatan kerajaan, syarikat swasta dan orang perseorangan. Kami adalah syarikat yang e-perolehan enabled.
* Semua jenis percetakan digital/offset, photostat (warna atau hitam putih) , pelbagai jenis rubber stamp, laminating, binding dan seumpamanya.
* Perkhidmatan sewa novel dan buku motivasi. Ratusan tajuk untuk dipilih dengan harga yang berpatutan.
Pustaka Munirah adalah 100% milik usahawan Muslim.
Sebarang pertanyaan, sila telefon 012-782 2384 / 09-8503431 atau faks 09-8503432 atau email kepada pustaka.munirah@gmail.com
Haji Saifuddin Awang, 44 tahun, berkelulusan B. Sc In Engineeering (Industrial) dari Western Michigan University, USA.
Sebelum memulakan perniagaan sendiri pada bulan Jun 2005, beliau pernah bekerja selama 15 tahun sebagai Pengurus Pengeluaran (Production Manager) di TWP Sdn Bhd, salah sebuah syarikat percetakan antarabangsa di Johor Bahru, Johor. Oleh itu beliau berpengalaman luas dalam bidang percetakan dan penjilidan buku.

